NADI CYBERSECURITY Ancaman Dalam Esport
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2025, telah berlangsung NADI CYBERSECURITY Ancaman Dalam Esport. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, pihak Cybersecurity menerangkan mengenai Dunia e-Sport dalam Dunia Digital. Selain itu, pihak Cybersecurity menerangkan mengenai kelebihan dan kebaikan masuk e-Sukan. Akhir sekali, pihak Cybersecurity menerangkan mengenai cara untuk mengatasi ancaman dalam e-Sukan.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Ancaman Dalam Esport. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara staf NADI, peserta dan Cybersecurity.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: